✎ JC同学会 ✐
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

✎ JC同学会 ✐

2009年High School Muar 中五 ►Jauhari & Cerdas同学联络站◄
 
首頁Latest images搜尋會員註冊登入

 

 Moral Nilai def & kk

向下 
2 posters
發表人內容
杜得头
武林盟主
武林盟主
杜得头


帖子数 : 89
积分 : 121
威望 : 1
注册日期 : 2009-08-15
年龄 : 31
地点 : ✗麻坡✗

Moral Nilai def & kk Empty
發表主題: Moral Nilai def & kk   Moral Nilai def & kk I_icon_minitime周日 8月 30, 2009 10:40 pm

1.0 > Perkembangan Diri
1.1* Kepercayaan Kepada Tuhan
`Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

1.2* Amanah
`Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

1.3* Harga Diri
`Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

1.4* Bertanggungjawab
`Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

1.5* Hemah Tinggi
`Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

1.6* Toleransi
`Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan fahan demi kesejahteraan hidup.

1.7* Berdikari
`Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

1.8* Kerajinan
`Usaha yang berterusan dengan penuh ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

1.9* Kasih Sayang
`Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

1.10* Keadilan
`Tinkadan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

1.11* Rasional
`Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

1.12* Keserderhanaan
`Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.


2.0 > Kekeluargaan
2.1* Kasih Sayang Terhadap Keluarga
`Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

2.2* Hormat Dan Taat Kepada Raja Dan Negara
`Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

2.3* Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
`Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

2.4* Tanggungjawab Terhadap Keluarga
`Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.


3.0 > Alam Sekitar
3.1* Menyayangi Dan Menghargai alam sekitar
`Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

3.2* Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam Sekitar
`Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar supaya kuliti kehidupan manusia dan alam sekitar terpelihara.

3.3* Kemampanan Alam Sekitar
`Pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

3.4* Peka terhadap isu-isu alam sekitar
`Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya.

4.0 > Patriolisme
4.1* Cinta Akan Negara
`Perasaan sayang dan bangga kepada Negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri.

4.2* Taat Setia Kepada Raja Dan Negara
`Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

4.3* Sanggup Terkorban Untuk Negara
`Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.


5.0 > Hak Asasi Manusia
5.1* Melindungi Hak Kanak-Kanak
`Membela, memberi naugan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

5.2* Menghormati Hak Wanita
`Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

5.3* Melindungi Hak Pekerja
`Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhimatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

5.4* Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
`Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

5.5* Melindungi Hak Pengguna
`Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilm, mendapat perkhimatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.


6.0 > Demokrasi
6.1* Mematuhi Peraturan Dan Udang-Undang
`Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

6.2* Kebebasan Bersuara
`Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraan.

6.3* Kebebasan Beragama
`Kebebasan setiap individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya sperti yang diperuntukkan dalam perlembangaan Malaysia.

6.4* Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara
`Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia.

6.5* Sikap Keterbukaan
`Bersedia memberi dan merima pandangan, pembahuruan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.


7.0> Keamanan Dan Keharmornian

7.1* Hidup Bersama Secara Aman
`Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmaonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

7.2* Saling Membantu Dan Bekerjasama
`Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

7.3* Saling Menghormati Antara Negara
`Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.


Moral Nilai def & kk 794348 下面是kata kunci
回頂端 向下
https://jc09.666forum.com
杜得头
武林盟主
武林盟主
杜得头


帖子数 : 89
积分 : 121
威望 : 1
注册日期 : 2009-08-15
年龄 : 31
地点 : ✗麻坡✗

Moral Nilai def & kk Empty
發表主題: 回復: Moral Nilai def & kk   Moral Nilai def & kk I_icon_minitime周日 8月 30, 2009 10:40 pm

Pendidikan Moral的 kata kunci....

1.1 kepercayaan kepada tuhan = keyakinan wujudnya tuhan , mematuhi segala suruhannya
1.2 amanah = sikap bertanggungjawab, kepercayaan, keyakinan
1.3 harga diri = keupayaan, keyakinan diri, memulia, menjaga maruah diri
1.4 bertanggungjawab= memikul, melaksanakan tugas
1.5 hemah tinggi= beradap sopan, berbudi pekerti mulia
1.6 toleransi = bertolak ansur sabar, mengawal diri
1.7 berdikari = tanpa bergantung kepada orang lain
1.8 kerajinan= usaha yang berterusan, semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, berdayamaju
1.9 kasih sayang= perasaan cinta yang mendalam, berkekalan, hati yang ikhlas
1.10 keadilan= saksama, tidak berat sebelah
1.11 rasional= berfikir berdasarkan alasan, bukti yang nyata, mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
1.12 kesederhanaan= tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan

2.1 kasih sayang terhadap keluarga= perasaan, mendalam, berkekalan
2.2 hormat dan taat kepada anggota keluarga= memuliakan, layanan secara bersopan
2.3 mengekalkan tradisi kekeluargaan= menerima, menghormati, mengamalkan, adat dan kepercayaan
2.4 tanggungjawab terhadap keluarga= kewajipan, terhadap keluarga, menjaga maruah keluarga

3.1 menyayangi dan menghargai alam sekitar= memulia dan memulihara alam sekeliling
3.2 keharmonian antara manusia dengan alam sekitar= saling memerlukan hubungan yang harmonis, kualiti kehidupan, alam sekeliling
3.3 kemampanan alam sekitar= pengekalan keseimbangan, tanggungjawab bersama
3.4 peka terhadap isu-isu alam sekitar= prihatin, berusaha menyelesaikannya

4.1 cinta akan negara= perasaan sayang, bangga, kepentingan negara melebihi kepengtingan diri
4.2 taat setia pada raja dan negara= kepatuhan, kesetiaan, raja dan negara
4.3 sanggup berkorban untuk negara= kerelaan, menyerahkan sesuatu, tanda kebaktian untuk negara

5.1 melindungi hak kanak-kanak= membela, memberi naungan, memelihara hak kanak-kanak
5.2 menghormati hak wanita= melingdungi, ,mengiktiraf
5.3 melindungi hak pekerja= menghormati, menghargai, mengiktiraf perkhidmatan, jasa, sumbangan
5.4 menghormati hak golongan kurang berupaya= memberi layanan yang bersopan, mengiktiraf
5.5 melindungi hak pengguna= membela, memelihara hak individu, mendapat perkhidmatan,barangan, berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

6.1 mematuhi peraturan dan undang-undang= menerima dan mematuhi peraturan, undang-undang,tanpa mengira sesiapa
6.2 kebebasan bersuara= berucap, mengeluarkan fikiran dengan batasan
6.3 kebebasan beragama= menganuti, mengamalkan agamanya
6.4 penglibatan diri dalam pembanguana negara= melibatkan diri, pelbagai aktiviti pembangunan nengara, mematuhi peraturan, undang-undang, perlembagaan Malaysia
6.5 sikap terbuka= memberi dan meneruma pandangan, pembaharuan, kritikan

7.1 hidup bersama secara aman= hidup berbaik-baik, mengutamakan kedamaiandan keharmonian hidup, tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya
7.2 saling membantu dan bekerjasama= usaha yang baik, membina
7.3 saling menghormati antara negara= menghargai dan memuliakan, ,menjamin kesejahteraan
回頂端 向下
https://jc09.666forum.com
春春
江湖小虾米
江湖小虾米
春春


帖子数 : 71
积分 : 71
威望 : -6
注册日期 : 2009-08-15
年龄 : 31
地点 : 我家

Moral Nilai def & kk Empty
發表主題: 回復: Moral Nilai def & kk   Moral Nilai def & kk I_icon_minitime周三 10月 07, 2009 5:36 pm

WAW!我的moral可以PASS咯!!! Moral Nilai def & kk 741842
回頂端 向下
http://www.jc09.666forum.com
 
Moral Nilai def & kk
回頂端 
1頁(共1頁)

這個論壇的權限:無法 在這個版面回復文章
✎ JC同学会 ✐ :: ღ教育区ღ :: ◕课业讨论◕-
前往: